Fiesta Fest Visit Malaysia capai objektif, semarak pelancongan tempatan
KUALA LUMPUR: Fiesta Fest Visit Malaysia yang berlangsung baru-baru ini berjaya mencapai objektif utamanya dalam menyemarakkan aktiviti pelancongan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Penganjurnya, Suzy Azam berkata, penyertaan ribuan peserta dan pengunjung menerusi pelbagai aktiviti serta 50 gerai jualan membuktikan aktiviti riadah, pelancongan dan rekreasi masih menjadi pilihan umum.
“Kita mahu menggalakkan aktiviti pelancongan sekali gus mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti sukan moden dan tradisional antaranya larian bersama keluarga, pertandingan mewarna dan pakaian tradisional.
“Terima kasih kepada Kementerian Pelancongan memberi peluang kepada kami mengadakan Fiesta Fest visit Malaysia sempena Hari Sukan Negara bersama Kementerian Belia dan Sukan.
“Kami juga terharu dengan kerjasama yang diberikan Jabatan Belia dan Sukan Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah atas kerjasama yang diberikan,” ujarnya.
Tambah Suzy, acara yang berlangsung di Memorial Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka itu bakal dijadikan acara tahunan.
“Melihatkan sambutan pengunjung, kami yakin untuk mengadakan acara sama dalam skala yang lebih besar terutama dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source