Rahsia Gergasi Merah dalam ‘kocek’ jurulatih Jeonbuk
PENGENDALI Jeonbuk Hyundai Motors, Kim Do-heon mengakui sudah melakukan ‘kerja rumah’ bagi mengekalkan rekod kemenangan bersih menjelang aksi Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Selangor FC malam esok.
Sebagai rekod, Jeonbuk kini berada pada prestasi terbaik selepas melakar kemenangan ke atas dua kelab Asia Tenggara, Cebu FC dan Muangthong United selain berjaya meledak 10 gol.
Namun, Do-heon menjangka cabaran yang berbeza bakal diberikan skuad Gergasi Merah memandangkan pasukan tuan rumah memiliki ramai pemain import berkualiti.
Do-heon berkata, pengalaman bermain dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) ketika bergelar pemain profesional sebelum ini turut mengenal pasukan Selangor FC lebih ‘rapat.
“Saya rasa kita bakal mengharungi perlawanan yang sukar tetapi percaya pasukan dengan kombinasi pemain muda dan senior sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik.
“Sebagai seorang individu yang tahu dan pernah bermain dalam Liga M, saya tahu Selangor FC pasukan yang bagus dan mereka ada ramai pemain berkualiti.
“Kita juga boleh lihat mereka adalah pencabar utama dalam saingan domestik bersama Johor (Darul Ta’zim) sejak beberapa musim lepas dan kami perlu waspada,” kata bekas import Negeri Sembilan FC pada musim 2018 itu.
Sementara itu, Do-heon yang juga pernah beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama West Brom pada musim 2008 mengakui pasukannya dibelenggu kemelut prestasi ketika ini.
“Dua kekalahan pada aksi liga domestik ketika bertemu dengan Daegu FC dan Daejeon Hana sedikit menjejaskan momentum pasukan. Namun, ACL2 adalah pertandingan berbeza dan saya percaya pemain sudah lupakan kekecewaan lepas,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source