[VIDEO] Ramai ‘ketagih’ makan biskut goreng
PETALING JAYA – Ramai orang kini ‘ketagih’ biskut goreng yang diinspirasikan daripada hidangan berasaskan biskut dan lada.
Resipi biskut goreng yang menggabungkan rasa manis dan pedas yang luar biasa itu mula mendapat populariti selepas seorang pengguna TikTok, Shopwina, memuat naik video cara penyediaannya di media sosial.
Resipi ini menggabungkan bahan-bahan seperti bawang, ikan bilis, telur dan biskut.
Menurut Shopwina, hidangan itu sering disediakan sejak kecil dan menjadi kegemarannya.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen berkongsi keterujaan mereka dan ada yang sudah mencuba sendiri resipi ini di rumah.
“Ingatkan ayah saja yang suka makan biskut goreng telur, rupanya ada orang lain buat juga,” ujar pengguna Sya58.
“Akhirnya jumpa juga orang lain yang buat biskut goreng. Sedap kan, rasa macam telur goreng yang lemak-lemak masin,” tambah Kieya91. – KOSMO! ONLINE
@syhrnrdn Biskut Goreng 😋✨ Memang fav dr kecikk. Boleh cuba mmg sedap! – goreng ikan bilis & asingkan – tumis bawang merah & putih – masukkan cili sos & garam – masukkan telur – masukkan biskut jacobs (patah 4, lalukan air atas biskut before masukkan dalam kuali) – gaul rata – masukkan cili api & ikan bilis Siappp! Selamat mencuba ☺️ #biskutgoreng #resepibiskutgoreng ♬ original sound – 🎧 – velle ☆
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source