Sherry Ibrahim Suka Lelaki Gigi Cantik, Wangi
Pelakon Sherry Ibrahim berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya mempunyai gigi yang cantik dan mestilah wangi.
Menerusi perkongsian di TikTok, Sherry berkata dia mudah terpikat dengan lelaki yang pandai menjaga dan menyayangi ibu mereka serta boleh membimbingnya ke jalan yang baik.
BACA: “Macam Tak Kena Je Sherry Nak Bagi Kata Semangat Sekarang” – Netizen
“Saya suka lelaki yang mempunyai gigi cantik dan dia mestilah wangi. Ciri lelaki atau suami idaman Sherry adalah yang boleh membimbing Sherry ke jalan yang baik, penyabar dan tenang.
“Selain itu, lelaki itu perlu menerima keluarga Sherry dengan baik dan seadanya serta mestilah sedap mata memandang,” katanya.
Sementara itu, ada netizen mengusik Sherry untuk mencarikannya jodoh namun aktres itu berkata tidak perlu susah-sudah membantunya mencari jodoh buat dirinya.
“Tak payah sibuk-sibuk nak carikan jodoh untuk saya. Saya dah lama single, dah 41 tahun dah pun,” katanya.
Terdahulu, Sherry memuat naik perkongsian kata-kata semangat kepada Fattah selepas pelakon itu sah bercerai.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source