Nak cepat kaya, rakyat Melaka ditipu scammer RM200,000 sehari
MELAKA – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kontinjen negeri ini merekodkan nilai kerugian terkumpul melebihi RM61 juta melibatkan jenayah scammer sejak tahun ini, dengan purata kerugian RM200,000 sehari.
Jumlah itu didedahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem melalui hantaran di Facebook bagi mengingatkan rakyat Melaka agar tidak menjadi tamak sehingga menjadi mangsa scammer.
Katanya, secara purata, penduduk Melaka mengalami kerugian RM200,000 sehari selepas terpedaya dengan skim cepat kaya meskipun pelbagai program kesedaran sudah dilakukan oleh Polis Kontinjen Melaka.
“Mengikut rekod JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, jumlah terkumpul daripada mangsa penipuan setakat semalam berjumlah RM61,644,080.46.
“Angka itu menunjukkan trend peningkatan sekitar lebih RM200,000 sehari apabila rekod pada tiga hari sebelumnya adalah
RM61,073,897.07, RM61,200,957.07 dan RM61,424,860.12,” tulisnya dalam hantaran dibuat hari ini.
Ujarnya, kegiatan jenayah itu bagaimanapun turut melibatkan beberapa penipuan lain termasuk tawaran kerja kosong, pembelian barang dan percintaan dalam talian.
“Ni scammer serba serbi. Scammer pelaburan, bayar kerja kosong, beli barang, scammer cinta dalam talian.
“Tolonglah rakyat jangan mudah sangat terpedaya dan tamak haloba sebaliknya sentiasalah semak sebelum membeli selain berbincang dengan dengan ahli keluarga jika merasakan ada yang tak kena,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source