Sherry Ibrahim ‘Innocent’, Tak Pernah Pergi Kelab Malam
Pelakon Sherry Ibrahim berkongsikan dia mengakui rindukan kehidupan lamanya ketika bergelar sebagai pramugari.
Menerusi sesi siaran langsung, pelakon berusia 41 tahun itu berkongsikan pengalamannya ketika bertugas di awan biru meskpun tidak suka bersosial.
BACA: Sherry Ibrahim Suka Lelaki Gigi Cantik, Wangi
Menurut Sherry lagi, dia tidak ke kelam malam mahupun melakukan perkara terlarang ketika bertugas sebagai pramugari.
“Saya suka kehidupan saya yang dulu sebagai pramugari. Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahukan. Tetapi saya tak liar. Saya tak pergi ke kelab, tak buat benda-benda terlarang.
“Saya memang innocent. Kalau seminggu di Paris saya akan pergi shopping, balik hotel tidur atau tengok TV. Kadang-kadang makan bersama kru yang lain sebab kami bawa bekal,” katanya.
Sementara itu, Sherry berkata dia juga tidak pernah ada pengalaman bercinta sejak bergelar anak seni.
“Saya tak pernah nak keluar bercinta atau pegang-pegang tangan daripada dulu, tak pernah rasa benda-benda macam itu sejak jadi artis,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source