Liga Super: KDN FC terus cicirkan mata
TEMERLOH – Kesilapan penjaga gol, Fikri Che Soh memaksa Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Temerloh, sebentar tadi.
Fikri pastinya menjadi pemain paling kecewa selepas bekas penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC) itu bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan bahaya Tok Gajah di babak pertama.
Bagaimanapun, keputusan itu memberikan kerja rumah tambahan buat pengendali KDN FC, Park Jae-hong untuk perbaiki kelemahan khususnya dalam aspek bertahan.
Terdahulu, tempoh 45 minit pertama seakan jadi milik KDN FC yang dilihat cukup selesa untuk memberikan tekanan dan melancarkan serangan ke kubu pertahanan lawan.
Hasilnya, sepakan percuma kapten pelawat, Oday Kharoub menghadirkan keceriaan buat kem KDN FC apabila berjaya menghasilkan gol pembukaan perlawanan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat babak pertama.
Skrip berbeza diserlahkan Sri Pahang di separuh masa kedua dimana mereka berjaya tampil lebih baik dan kesilapan Fikri yang gagal menangkap bola dengan lebih kemas pada minit ke-60 membuka ruang buat Adam Nor Azlin melakukan tindakan susulan bagi memastikan gol penyamaan tuan rumah.
Malang berganda buat KDN FC apabila terpaksa menamatkan aksi dengan 10 pemain apabila Layth Kharoub dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras terhadap Fadhli Shas. – KOSMO! ONLINE
The post Liga Super: KDN FC terus cicirkan mata appeared first on Kosmo Digital.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source