Rumah merah diserbu, tawar ‘khidmat’ wanita serendah RM40
KUALA LUMPUR – Hanya serendah RM40, itu antara bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan khidmat seks wanita warga asing di sekitar Jalan Petaling dan Lebuh Pudu, di sini.
Selain menawarkan harga murah, premis yang terkenal dengan jolokan ‘rumah merah’ itu berselindung di sebalik bangunan usang dan ‘dikawal’ oleh pintu besi.
Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan polis mengadakan Op Noda #KLStrikeForce itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 10 malam tadi di dua premis berasingan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, semasa serbuan dilakukan beberapa pelanggan disyaki warga asing yang cuba masuk ke dalam premis terus melarikan diri selepas melihat kehadiran polis.
Jelas beliau, pasukan serbuan terpaksa memotong pengunci premis untuk masuk sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.
“Pemeriksaan di dalam premis mendapati, seramai 10 wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 30-an telah ditahan selain rampasan kondom, botol minyak pelincir, tisu serta wang tunai.
“Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran di premis yang mula beroperasi bermula pukul 5 petang itu mengenakan bayaran sekitar RM40 hingga RM50 bagi khidmat seks wanita terbabit,” katanya.
Difahamkan, kedua-dua premis tersebut adalah ‘port’ lelaki warga asing untuk melampiaskan nafsu.
Tambah Rusdi, siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan disyaki masuk sebagai pelancong serta menjalankan kegiatan pelacuran jalanan secara ‘freelance’.
Kata beliau, pihaknya akan merujuk kepada pihak Jabatan Imigresen (JIM) bagi pemeriksaan lanjut tentang status dan pergerakan keluar masuk semua wanita itu ke Malaysia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source