“Bila Kahwin Kerana Cinta Akan Melukakan, Bila Kahwin Kerana Allah Perjalanan Begitu Indah”
Sejak tampil berhijab beberapa bulan lalu, rata-rata netizen memuji penghijrahan pelakon Nora Danish yang kini menutup aurat dengan sempurna.
Baru-baru ini, menerusi Richman Coffee podcast, Nora ada berkongsikan pendapatnya mengenai soal cinta dan perkahwinan kerana Allah.
Menerusi podcast itu juga, Nora berkata dia tidak pernah memandang harta kedua-dua bekas suaminya sebaliknya tertarik dengan pertawatakan mereka.
Nora berkata sebelum dia berkahwin teman lelakinya hanya orang biasa sekaligus menepis tanggapan bahawa dia wanita materialistik.
“Tetapi, kalau tengok sebelum saya kahwin, teman lelaki saya semua orang biasa. Cuma kerana perwatakan mereka (bekas suami) yang buat saya tertarik.
“Malah kedua-dua bekas suami yang ajak saya kahwin, bukan saya. Saya tak pernah ada kriteria untuk memilih, tak ada..dia datang sendiri,” katanya.
Nora juga berkata tidak pernah mengharapkan wang daripada kedua-dua bekas suaminya sepanjang perkahwinan kerana sudah diajar dari kecil untuk tidak meminta.
“Kedua-dua bekas suami saya pun boleh setuju yang saya satu sen pun tak pernah minta duit mereka. Dari kecil ibu saya ajar saya untuk jangan minta duit orang. Saya suka manjakan diri dengan duit saya sendiri,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source