Kerajaan dicadang henti apungkan harga beras import
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang untuk tidak mengapungkan harga beras import bagi menangani isu beras yang melanda negara.
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, krisis berkaitan bekalan beras sudah berlarutan lama tetapi tiada penyelesaian yang tuntas.
Oleh kerana itu, katanya, beliau ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk tidak mengapungkan harga beras import.
“Petani mengadu dan bertanya di mana beras sekarang ini? Mereka mengeluarkan beras tetapi beras tempatan tidak ada. Mereka juga terpaksa membeli beras import. Ini suatu keadaan yang jarang berlaku di dunia, hanya di Malaysia,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Shahidan berkata, langkah tersebut bagi memastikan harga beras dapat diturunkan dan stabil sekali gus membolehkan harga barangan keperluan lain turut menurun.
“Cara kita hendak lihat pattern kenaikan harga barang ia mengikut barangan utama. Jadi kalau beras tidak naik maka barangan lain pun menurun,” jelasnya.
Tambahnya, cadangan tersebut sudah diutarakan kepada kerajaan beberapa kali namun tidak didengari.
“Cadangan ini sudah dibuat beratus kali. Kalau tidak mahu mendengar, tidak mengapa tetapi kalau kami memerintah, ini yang akan kami buat, dengan itu harga barang akan turun,” ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source