Kerajaan sediakan enam EV untuk latihan amali pelajar TVET
BAGAN DATUK – Kerajaan merancang mengagihkan enam kenderaan elektrik (EV) kepada institusi pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terpilih sebagai latihan amali teknologi baharu kenderaan tersebut, tidak lama lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu enam EV itu dihadiahkan oleh Pusat Pendidikan Automatif Antarabangsa Beifang (Beifang) yang berpangkalan di China untuk kegunaan pelajar TVET di negara ini.
“Sebuah daripadanya akan diberikan kepada Pusat Automatif di Perda, Pulau Pinang manakala sebuah lagi kepada Centre For Technology Excellence (CENTEXS) di Sarawak.
“Empat lagi EV akan diagihkan ke institusi-institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk Giat Mara, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan beberapa yang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Santunan Kasih Deepavali 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberitahu, lebih 100 tenaga pengajar bidang automatif juga dihantar ke China untuk mempelajari teknologi EV dan diberi latihan antara tiga dan enam bulan di negara tersebut, sebelum kembali mengajar di institusi TVET tempatan.
Beliau juga memberitahu, setakat ini kerajaan telah menghantar lebih 2,000 pelajar menjalani kursus TVET di Beifang, daripada 5,125 tempat ditawarkan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source