Terlanggar terumbu, kapal usang punca KD Pendekar karam
KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Pendekar didapati telah tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar terumbu punggai ketika melakukan rondaan operasi di Tanjung Penyusop, Johor pada 25 Ogos lalu.
TLDM dalam kenyataan malam ini memberiitahu, Lembaga Siasatan mendapati faktor itu yang menyumbang
kepada insiden berkenaan.
“Insiden berlaku apabila kapal menghadapi gegaran kuat diikuti
kebanjiran besar semasa menghampiri pesisir pantai untuk melakukan pemeriksaan teknikal.
“Semua 39 kru kapal berjaya dipindahkan dengan selamat ke kapal dagang
MV ASHLEY tanpa sebarang kecederaan,” kata kenyataan tersebut.
Menurutnya, faktor keusangan kapal yang melebihi Dasar Kasting iaitu berusia 45 tahun telah menyukarkan kawalan kebanjiran berikutan kelemahan struktur badan kapal dan mempercepatkan kebanjiran merebak ke kompartmen lain.
.TLDM berkata, usaha menyelamat dan mengapungkan KD Pendekar berjaya diselesaikan pada 15 Oktober lalu oleh sebuah firma tempatan dan kapal kinid alam proses pemeriksaan teknikal.
Mengenai kematian seorang penyelam TLDM iaitu Laskar Kelas I Arman San Hermansa ketika pelaksanaan operasi salvaj dilakukan, kenyataan itu menyebut
punca nahas akibat lemas.
“Keadaan di kawasan operasi di mana arus yang tidak menentu dan
memukul lumpur di dasar laut mengakibatkan jarak penglihatan menjadi sangat
terhad (sekitar 1 kaki pada hari kejadian).
“Keadaan ini meletakkan seseorang
penyelam berada pada situasi yang berisiko tinggi dan tekanan kerja yang
mencabar.
“Apabila tali keselamatan yang digunakan oleh penyelam tersangkut pada kapal tersebut, langkah kecemasan yang
dilakukan oleh penyelam tidak berhasil seterusnya menyebabkan beliau
lemas,” ujarnya.
Berdasarkan siasatan katanya, pematuhan operasi standard (SOP) penyelaman dan langkah keselamatan telah dipatuhi sebelum tugasan penyelaman dimulakan.
Katanya, peralatan menyelam yang digunakani disahkan berfungsi dengan baik sebelum dan selepas penyelaman.
Tambahnya, penyelam juga disahkan kompeten untuk menjalankan tugas penyelaman tersebut.
Tegasnya, TLDM mengambil serius terhadap dapatan kedua-dua insiden yang berlaku.
“Keselamatan anggota dan kesiagaan armada adalah keutamaan TLDM di samping memastikan kesemua warga TLDM dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source