Sebutan semula kes amang seksual pembantu pengajar madrasah 18 Nov.
SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban menetapkan 18 November ini untuk sebutan semula kes empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah yang berdepan 18 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.
Hakim, Datin Surita Budin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan memperoleh laporan perubatan semua mangsa.
Dalam prosiding sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam hari ini, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi dan Noraziha Asmuni.
Pada 19 September lalu, media melaporkan tiga lelaki yang sebelum ini ditahan dalam Op Global yang mempunyai kaitan dengan syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn. Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak
Ketiga-tiga mereka iaitu, Muhammad Habib Noh Mohd. Zairi, 21; Muhammad Khunais Fathie Khabil, 20, dan Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Muhammad Habib Noh didakwa atas lima pertuduhan amang seksual terhadap tiga kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun di sebuah madrasah di Kuala Pilah pada 2022.
Ahmad Nadzful Izham pula didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di madrasah sama pada antara Jun hingga Disember 2023.
Enam pertuduhan lagi turut dikenakan kepada Muhammad Khunais Fathie yang didakwa melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di madrasah sama tahun lalu.
Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Keesokan harinya, seorang lagi pembantu pengajar di madrasah berkenaan, Muhammad Fawzun Azim Ismail, 20, turut tidak mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat kanak-kanak lelaki di pusat jagaan itu sekitar 2023.
Pertuduhan ke atasnya dibuat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan terhadap kesemua pertuduhan, masing-masing tertuduh boleh dipenjara selama tempoh 20 tahun dan boleh juga disebat.
Sementara itu, pada prosiding hari ini juga Muhammad Habib Noh, Muhammad Khunais Fathie dan Muhammad Fawzun Azim diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source