“Ramai Goda Tapi Saya Tunduk, Terus Jalan Balik Rumah”
Penyanyi Datuk Jamal Abdillah mengakui masih berdepan godaan wanita meskipun usia sudah mencecah 65 tahun. Namun, dia sentiasa menepis demi menjaga rumah tangga dengan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.
Memetik Kosmo, Jamal berkata perkara paling utama dalam kehidupannya ketika ini adalah kesejahteraan keluarga dan sentiasa tanamkan dalam fikiran dia adalah suami dan bapa.
“Saya selalu elakkan dan tak nak fikirkan tentang hal itu kerana dalam fikiran sudah sentiasa tanamkan bahawa saya adalah seorang suami serta bapa.
“Anak pun dah nak masuk lima orang. Cukuplah buat perkara yang menyusahkan anak-anak. Saya pun dah tua, mahu tenang,” katanya.
Sementara itu, Jamal yang pernah berdepan kegagalan dalam tiga perkahwinan terdahulu menyifatkan semua dilalui sebagai satu proses kehidupan.
“Kita buat apa yang kita perlu buat dan dah rancang, selebihnya biar Allah yang tentukan, begitu juga dengan rumah tangga artis.
“Saya tak ikuti perkara itu (berita perceraian selebriti), tetapi yakin mereka juga melalui proses kehidupan, kena tempuh jugalah. Kita berbalik kepada ketentuan Allah,” katanya.
Usia perkahwinan kali keempat sudah mamasuki usia tujuh tahun, Jamal dan isterinya bakal menimang cahaya mata kelima pada Januari tahun hadapan.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source