“Biasalah Asam Garam Rumah Tangga, Selagi Tak Ke Mahkamah Bercerai Ke, Kami Okay Saja”
Pelakon Uqasha Senrose tampil menjawab serta menafikan dakwaan rumah tangganya dengan aktor Kamal Adli sedang dilanda badai.
Memetik mStar Online, Uqasha berkata setiap pasangan suami isteri pasti akan menjalani ujian rumah tangga dan menganggap ianya asam garam dalam perkahwinan.
“Dalam rumah tangga semua ada pasang surutnya. Takkan semua nak kongsikan baik buruk di media sosial. Biasalah, itu asam garam dalam rumah tangga selagi tidak ke mahkamah bercerai ke, kami okay sahaja.
“Nak kata saya bahagia sepanjang masa pun tidak, sedih sepanjang masa pun tak. Lagipun ini anak pertama jadi, masing-masing sedang ‘struggle’. Ini hanya gaduh kecil sahaja. Saya pun tidak tahu siapa yang keluarkan perkara (dakwaan) ini,” katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata dia mengakui bukan mudah untuk pertahankan rumah tangga namun dia dan Kamal akan melakukan yang terbaik serta mental perlu kuat.
“Ajal, jodoh dan maut di tangan tuhan. Apabila diuji, sekuat mana kita nak pertahankan itu semua terletak pada diri kita dan pasangan. Semua pasangan Allah uji. Nak bertahan bukan mudah, malah nak dapatkan syurga pun bukan mudah.
“Susah nak bertahan lagi-lagi dengan mulut orang luar. Apa-apa pun mental kena kuat, terutama apabila saya sudah menjadi seorang ibu,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source