Man. United kempunan khidmat Amorim
LISBON – Sporting Lisbon dilaporkan tidak akan melepaskan khidmat pengendali mereka, Ruben Amorim ke Manchester United sehingga aksi rehat antarabangsa bulan ini.
Amorim menjadi sasaran utama kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas mereka memecat Erik Ten Hag pada Isnin lalu ekoran prestasi kelab itu yang berada dalam keadaan terumbang-ambing.
Kelmarin, Sporting mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa United merancang untuk menggunakan klausa pelepasan untuk menebus kontrak Amorim yang dianggarkan bernilai £8.5 juta (RM48.35 juta) untuk menjadikannya pengurus baharu.
Sporting mendakwa mereka memerlukan notis yang lebih lama untuk bersedia mendapatkan pengganti jurulatih itu sekali gus menyebabkan United kempunan untuk mendapatkan Amorim dalam tempoh terdekat.
Laporan di Portugal menyebut bahawa pengendali itu mungkin perlu kekal untuk tempoh 30 hari lagi di kelab itu walaupun kontraknya sudah ditebus dan mereka bersedia untuk menggunakan kelebihan peraturan tersebut.
Situasi itu menyaksikan Amorim akan kekal mengemudi Sporting menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester City pada 6 November ini, manakala Ruud Van Nistelrooy akan terus menjalankan tugasnya sebagai pengurus interim United.
Selain itu, Sporting juga mahu mengenakan bayaran sehingga £4.3 juta (RM24.46 juta) untuk United membawa kesemua staf kejurulatihan yang bekerja di bawah Amorim sebelum ini untuk ke Old Trafford.
Nistelrooy yang berjaya meraih kemenangan pertama selaku ‘orang No. 1’ United pada aksi Piala Liga Inggeris menentang Leicester City awal pagi semalam mungkin perlu menyiapkan perancangannya menjelang aksi menentang Chelsea Ahad ini. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source