Portal MySiswaPlace platform transformasi pendigitalan perkhidmatan, produk
PUTRAJAYA – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) melancarkan sebuah platform baharu yang dikenali sebagai MySiswaPlace sebagai satu inisiatif ke arah digitalisasi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, portal berkenaan akan menjadi platform untuk pelajar mendapatkan segala maklumat berkaitan gaya hidup masa kini dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran di kampus sepanjang pengajian mereka.
“MySiswaPlace merupakan satu platform yang diwujudkan untuk membantu para pelajar umpamanya menyalurkan bantuan baucar buku, jadi kita akan segerakan supaya pemberian ini dapat diagihkan kepada mereka.
“YPS ini adalah hasil daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang kita adakan dan ia diwakili oleh mereka.
“Sumbangan yang masuk kerajaan dalam yayasan ini akan diagihkan kepada mahasiswa yang memerlukan termasuk mereka yang tidak berkemampuan dan memerlukan pembelaan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal MySiswaPlace di sini baru-baru ini.
YPS telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai penyelaras bagi Pemberian Inisiatif Baucar Buku Fasa Kedua 2024 dan bagi tujuan tersebut, YPS telah membangunkan platform MySiswaPlace.
Perancangan jangka masa panjang MySiswaPlace turut melangkaui keperluan hanya untuk penebusan baucar dan pembelian buku.
Portal berkenaan juga bakal menjadi pusat sehenti bagi mahasiswa untuk mendapatkan pelbagai bantuan dan geran daripada YPS secara online yang mana ia akan meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan penyaluran sumbangan kepada mahasiswa yang berkeperluan sepanjang pengajian di kampus.
Mahasiswa boleh menebus baucar dan membuat pembelian melalui laman web MySiswaPlace di www.mysiswaplace.my sehingga 31 Disember ini. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source