Program latihan mampu tingkat tenaga pakara bidang semikonduktor, AI
SERDANG: Program dan latihan gabungan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) serta industri dijangka mampu melahirkan tenaga pakar dalam bidang semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, perkembangan bidang itu bergerak perlahan dalam negara atas faktor kurangnya penghasilan bakat-bakat baharu.
“Kita perlu ada lebih ramai pakar dalam bidang semikonduktor dan juga bidang AI.
“Jadi melalui program atau latihan yang telah digabungkan di bawah STDC dan Malaysia Semiconductor Advance melalui penubuhan institusi di bawah Kerajaan Selangor diharap dapat memperbanyak tenaga pakar bidang itu,” katanya selepas sidang akhbar pemindahan kembali penduduk yang terjejas tanah runtuh Disember tahun lepas di Taman Wawasan, di sini hari ini.
Beliau berharap kerajaan negeri boleh menyalurkan peruntukan secukupnya bagi melancarkan program latihan kursus dan kepakaran dalam bidang tersebut menerusi Belanjawan Selangor yang akan dibentangkan pada 15 November ini.
Beliau turut berharap portfolionya masih mendapat peruntukan mencukupi untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dan Pameran Udara Selangor (SAS).
“Kedua-dua program ini merupakan penganjuran penting untuk mempromosikan Selangor sebagai hab pelaburan utama di rantau Asia ini.
“Kita turut mengharapkan boleh mendapat sedikit peruntukan untuk mengembang atau mempromosikan industri semikonduktor dan juga AI kerana ia merupakan trend terkini dan merupakan salah satu sektor yang akan diberi fokus di Selangor,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, segalanya terserah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk membuat keputusan yang terbaik buat semua portfolio exco.
“Semua portfolio dan jabatan telah mengemukakan permintaan peruntukan dan penelitian menyeluruh dilakukan berharap menyediakan satu bajet yang terbaik untuk rakyat di Selangor,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source