“Saya Ada ADHD, Bukan Bipolar” – Diana Danielle Betulkan Tanggapan Segelintir Pihak
Pelakon, Diana Danielle telah membuat beberapa hantaran menerusi Instagram Story miliknya yang menegaskan bahawa dia tidak menghidap penyakit bipolar seperti yang telah didakwa oleh sesetengah pihak.
Diana menjelaskan bahawa dia menghidap penyakit Kecelaruan Hiperaktof Kurang Daya Tumpuan atau lebih dikenali sebagai ADHD.
Menurut pelakon itu, tuduhan yang dilemparkan kononnya dia menghidap bipolar hanyalah untuk menidakkan beberapa keputusan yang dibuat olehnya.
Untuk membetulkan tanggapan sesetengah orang tentang kesihatan mental saya, saya mempunyai ADHD. Saya bukan bipolar.
Saya tidak mempunyai episod gangguan mania seperti yang cuba diterangkan oleh sesetengah pihak.
Saya tidak mempunyai kecelaruan personaliti atau Dissociative Identity Disorder (DID), semua label yang dilemparkan untuk menidakkan pengalaman dan pilihan saya.
Terdahulu, Diana memberitahu dia merupakan seorang pesakit ADHD sehingga membuatkan dirinya mempunyai masalah memori dan menjadikannya cepat lupa.
Pelakon itu juga memberitahu dia akan berjumpa dengan doktor pakar setiap bulan untuk mengetahui keadaan dirinya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source