Seludup rokok, minuman keras guna lori sejuk beku
KUCHING – Taktik sindiket penyeludupan yang menggunakan lori sejuk beku untuk mengangkut rokok dan minuman keras tidak bercukai melalui gudang terbongkar apabila ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.
Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata, hasil penahanan itu, pihaknya turut merampas 3,400,000 batang rokok pelbagai jenama dan sebanyak 2,376 liter minuman keras (bir) yang dianggarkan bernilai lebih RM2.3 juta.
Jelasnya, tangkapan itu dilakukan di Jalan Kuching – Samarahan Expressway kira-kira pukul 2 petang, 22 Oktober lalu oleh sepasukan anggota dari Unit Marin Kuching yang menjalankan rondaan pesisir pantai.
“Pasukan rondaan telah mengesan sebuah lori 10 tan yang mencurigakan dan bertindak mengekori lori kargo itu sebelum membuat pintasan di Jalan Kuching – Samarahan Expressway.
“Pemeriksaan ke atas muatan lori terbabit menjumpai sebanyak 3,400,000 batang rokok pelbagai jenama dan 2,376 liter minuman keras yang disyaki tidak bercukai,” katanya pada sidang akhbar di Stor Bahagian Penguatkuasaan JKDM di Taman Perindustrian Sejingkat dekat sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source