Pengerusi Bersatu Kelantan dicabar peringkat bahagian Pasir Puteh
PASIR PUTEH: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor dicabar pada pemilihan peringkat Bahagian Pasir Puteh yang berlangsung hari ini.
Pada pemilihan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas dicabar Timbalannya, Ab. Rahman Yusoff.
Kamarudin ketika ditemui Utusan Malaysia menyifatkan ‘perlawanan’ itu memperlihatkan amalan demokrasi dalam parti itu subur.
Menurut beliau, ia tidak menggambarkan wujudnya ‘rakit’ yang boleh melemahkan parti dan mengikis kesetiaan serta setiakawan dalam perjuangan parti.
“Pemilihan tahunan pastinya mewujudkan pertandingan untuk kerusi-kerusi tertentu yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menawarkan perkhidmatan kepada parti.
“Kami langsungkan pemilihan ini dengan pendekatan muhibah bagi memenuhi tradisi parti dan ia tidak menggambarkan perselisihan dan persengketaan. Kalah atau menang adalah adat pertandingan yang tidak melunturkan semangat dan taat setia kepada parti serta walaq kepada pucuk pimpinan,” katanya ketika ditemui pada pemilihan kepimpinan Bersatu peringkat Bahagian Pasir Puteh di Maahad Saniah, di sini hari ini.
Pada pemilihan itu, Pengerusi Tetap Muhammad Nor Omar dan Timbalan Pengerusi Tetap, Zainudin Arifin menang tanpa bertanding.
Sementara itu, Mohd. Rujhan Salleh menang tanpa bertanding bagi Jawatan Timbalan Bersatu Bahagian.
Jawatan naik Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan dua penjuru, Brohanuddin Che Rahim dan Mohd. Darus Mohamood.
Keputusan pemilihan akan diumumkan lewat petang ini.- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source