251 usahawan Kelantan manfaat aplikasi Craft On The Go promosi produk kraf
TUMPAT: Seramai 251 usahawan kraf di negeri ini memanfaatkan aplikasi Craft On The Go (COTG) bagi mempromosi produk keluaran mereka ke seluruh negara.
Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd Hafiz Abdul Halim berkata, mereka merupakan usahawan tekstil, hasil rimba, logam, hasil tanah dan aneka kraf.
“Dengan aplikasi COTG, peminat boleh mendapat maklumat di hujung jari kerana kandungan yang boleh didapati di dalam aplikasi itu seperti profail usahawan kraf, maklumat produk, platform media sosial usahawan kraf dan lokasi pusat jualan.
“Pada masa sama, aplikasi mudah alih ini membolehkan pengguna meningkatkan kebolehcapaian maklumat berkaitan usahawan kraf di seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia semasa turun padang melihat Kraf Batik Blok milik Ibrahim Deraman di Kampung Talak, di sini semalam.
Mohd. Hafiz berkata, aplikasi COTG diperkenal sejak tahun 2020 bagi memudahkan peminat kraf mendapatkan pelbagai produk kraf hasil kerja tangan usahawan tempatan seluruh Malaysia.
“Setakat ini sudah 3,000 peminat kraf muat turun aplikasi COTG yang memberi banyak manfaat kepada mereka,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source