Farid Kamil Dah Keluar Rumah, Tak Lagi Tinggal Sebumbung
Peguam syarie mewakili pelakon Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Farid Kamil.
Memetik Harian Metro, Akberdin berkata Farid sudah keluar dari rumah dan Diana sudah meminta dia untuk bersedia bagi menguruskan perceraiannya sejak sebulan lalu.
“Maklumat terperinci bila mereka sudah tidak tinggal sebumbung tak diberitahu Diana, tapi dia kata Farid sudah keluar dari rumah. Tidak lagi tinggal sebumbung. Jadi atas itu kami sudah failkan dua permohonan hari ini. Selepas ini komunikasi melalui peguam,” katanya.
Sementara itu, Akberdin berkata, Farid perlu memberikan kerjasama atas permohonan rujuk kerana pasangan itu sudah kembali bersama pada 9 September tahun lalu.
“Rujuk itu tidak boleh dinafikan sebab mereka sudah menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri semula. Tak masuk akal kalau dia tak setuju.
“Tapi kalau dia tak bersetuju dengan permohonan perceraian, kita akan terus ke peringkat berikut, iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan tiga kali peringkat hakam,” katanya.
Mahkamah menetapkan 20 November ini sebagai tarikh sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian yang difailkan Diana pagi tadi.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source