Lima individu ditahan susulan kekecohan penyokong NSFC, JDT
SEREMBAN: Polis menahan lima individu susulan kejadian kekecohan di antara penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Mohd. Rosli Ishak berkata, video berdurasi 1.02 minit yang memaparkan kekecohan di antara kedua-dua penyokong di hadapan sebuah hotel berdekatan dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini turut tular di media sosial.
Katanya, pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan di tempat awam dan melakukan khianat.
“Pihak polis telah berjaya mententeramkan keadaan dan telah menangkap tiga lelaki berusia dalam lingkungan 7 hingga 21 tahun dipercayai penyokong NSFC semasa kejadian.
“Semalam, pihak polis telah berjaya menangkap dua lagi lelaki dipercayai penyokong NSFC dalam lingkungan umur 18 dan 20 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut.
“Pihak polis telah mengenal pasti beberapa individu yang turut disyaki terlibat dalam insiden tersebut dan sedang berusaha mengesan dan menangkap individu yang masih bebas,” katanya menerusi kenyataan kepada pemberita di sini malam ini.
Mohd. Rosli dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.-UTUSAN.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source