7 modul silibus dikenal pasti bagi pulihkan akidah Kanak-kanak GISBH
CYBERJAYA: Sebanyak tujuh modul silibus dikenal pasti dan dibangunkan untuk diguna pakai bagi pemulihan akidah kanak-kanak GlSB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang diselamatkan pihak berkuasa, baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, modul silibus itu diputuskan oleh jawatankuasa khas yang dibentuk awal bulan lalu.
Beliau berkata, antara modul silibus itu termasuk akidah dewasa; akidah kanak-kanak; rohani dan jati diri; KAFA, pembangunan remaja, kepimpinan Myinsaniah dan psikospiritual.
“Jawatankuasa dibentuk itu telah beberapa kali bersidang dan kini pembangunan modul silibus itu telah berada diperingkat akhir.
“Satu sidang akhbar khas akan saya kendalikan untuk memaklumkan silibus baharu itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Bula Zakat Kebangsaan 2024, di sini hari ini.
Katanya, kelas pemulihan akidah bagi kanak-kanak GISBH itu belum bermula dan ia masih dalam tempoh permohonan (pendaftaran).
Mohd Na’im berkata, pihaknya tidak menggunakan prinsip mewajibkan penggunaan silibus baharu itu sebaliknya menggalakkan mereka berdaftar.
“Apabila tamat tempoh permohonan, saya akan umum mengenai pelaksanaan silibus baharu itu,” katanya.
Sebelum ini, sebuah jawatankuasa dibentuk bagi mewujudkan silibus khusus untuk menyelamatkan akidah kanak-kanak GISBH itu yang dianggotai enam pakar akidah termasuk Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil selalu pengerusi.
Difahamkan, Johor, Selangor dan Perak telah bersedia untuk menubuhkan jawatankuasa khas pemulihan ini.
Terdahulu, media melaporkan, jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source