Malaysia zahir penghargaan China julang prinsip kongsi kemakmuran
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas pendirian China yang memilih untuk menjulang prinsip perkongsian kemakmuran tatkala beberapa kuasa besar ekonomi dunia lain mengambil sikap bertentangan.
Perdana Menteri itu berkata, ketika berucap selepas pidato pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai oleh Premier Li Qiang, beliau tegaskan betapa tema “New Era Shared Future” yang diangkat dalam CIIE Ke-7 itu begitu relevan tatkala dunia bergelut dengan sikap unilateralisme, perlindungan melampau, perpecahan dan kegalauan.
“Saya berkongsi pandangan sama dengan Presiden Xi Jinping, bahawa kemakmuran dunia ini perlu memanfaatkan setiap individu dan negara.
“Dasar perkongsian masa depan ini menjadi asas penting mengapa Malaysia memilih menyertai pakatan BRICS, kerana prinsip ini diterima baik negara-negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Global South,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Facebook hari ini.
Tambah Anwar, terkait CIIE, beliau percaya ia adalah wadah penting untuk perniagaan seluruh dunia, terutama syarikat-syarikat kecil memperagakan keupayaan dan menarik pelaburan.
Kata Anwar, ini adalah contoh penting di mana kerjasama antara negara digunakan sebaiknya bagi memastikan kemajuan global dicapai secara adil.
“Pastinya Malaysia akan menggunakan kedudukan selaku Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mempertingkat kerjasama serantau, antaranya menerusi penganjuran Sidang ASEAN+GCC+China, yang bakal melonjak pertumbuhan serantau serta merapatkan kesenjangan dalam perdagangan, pelaburan dan kemajuan ekonomi.
“Saya akhiri ucapan dengan memetik satu ungkapan Cina, ‘Pohon yang ditanam oleh satu generasi akan memberi teduhan pada generasi yang lain’,” tulisnya, – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source