Beg berisi RM1 juta sudah dijumpai, terjatuh di AKLEH
PETALING JAYA – Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang semalam dalam kejadian di Ampang Point, sudah ditemui semula.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, wang tersebut disahkan terjatuh ketika van milik syarikat keselamatan itu melalui Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Katanya, wang tersebut ditemui oleh orang awam yang turut melalui laluan yang sama tidak lama selepas laporan polis dibuat.
“Wang tersebut sudah ditemui oleh orang awam dan jumlahnya masih kekal RM1 juta, dimaklumkan wang tersebut terjatuh di tengah jalan sebelum ditemui oleh orang awam itu.
“Wang RM1 juta itu kini sudah dihantar ke IPD Ampang Jaya, walaupun beg sudah ditemui namun siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Semalam, Kosmo! melaporkan wang tunai RM1 juta yang diisi di dalam beg dilaporkan hilang dalam kejadian di Ampang Point, di sini, semalam.
Sejurus itu, satu laporan polis dibuat pada pukul 3.55 petang.
Wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.
Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source