Pekerja buruh ditahan miliki senapang tiruan
ARAU: Seorang pekerja buruh binaan ditahan bersama selaras senapang tiruan menerusi serbuan di sebuah pondok kebun getah berhampiran Kampung Kubang Perun, Mata Ayer, di sini, semalam.
Serbuan menerusi Ops Laras sekitar pukul 11.15 malam itu dilaksanakan sepasukan pegawai bersama anggota polis Unit Cawangan Khas Jenayah (D9) dan Bahagian Risikan, Operasi dan Rekod Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, sewaktu tiba di lokasi serbuan, polis mengesan seorang suspek lelaki berusia 41 tahun sedang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan pondok berkenaan.
“Hasil serbuan itu, polis menemukan selaras senjata buatan sendiri yang disembunyikan di bawah lantai pondok berkenaan bersama sebotol air kosong yang mengandungi beberapa butir ‘ball bearing’ disyaki digunakan sebagai peluru,” katanya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata, dalam serbuan sama, pihaknya turut merampas sebuah kompresor angin peti sejuk yang ditemui di bawah pondok tersebut.
Katanya, kompresor angin itu dipercayai digunakan untuk menambah tekanan tehadap senjata tiruan berkenaan.
“Susulan itu, polis turut bertindak menahan suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes ini,Hasil semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Suspek juga direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (Akta 206). -UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source