Tiba-tiba ‘glamor’, siapa Kapten Nurul Hairi?
PETALING JAYA – “Pertama kali jumpa pemandu bas baik siap minta maaf terlambat.”
Itu antara pujian yang diberi kepada Kapten Bas RapidKL, Nurul Hairi Mohd Hasni di atas sikap dedikasinya ketika menjalankan tugas.
Menerusi aplikasi X pengguna Anna J, dia yang turut berkongsi pas identiti kerja Nurul Hairi memaklumkan, pemandu berkenaan memaklumkan lambat tiba disebabkan hujan.
“Padahal bukan salah dia pun,” katanya menerusi ciapan.
Perkongsiannya itu bukan sahaja mengundang perhatian netizen yang berkongsi pengalaman ‘manis’ dengan pemandu berkenaan, malah pihak RapidKL turut memberikan respons.
“Abang ni memang bagus. Selalu pesan jangan tinggal barang-barang tiap kali turunkan penumpang,” komen seorang pengguna.
“Akhirnya dia tular! Pemandu bas ni baik sangat. Dua tahun lepas pas saya tertinggal dekat bas. Dia tanya semua orang siapa yang ofis dia di FedEx,” ujar neddd @nedsaari.
“Hi Anna J, Terima kasih banyak kerana berkongsi dengan kami. Pujian anda akan kami sampaikan kepada pemandu bas kami. Terima kasih sekali lagi, dan semoga hari anda menyenangkan!,” balas @myrapidkl. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source