350,000 rakyat dapat kerja menerusi 208 projek jalan raya
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan RMK sambungan di bawah pengurusan Jabatan Kerja Raya (JKR) menawarkan 350,000 peluang pekerjaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, permintaan terhadap sumber manusia itu meliputi pekerja mahir, separa mahir dan tidak mahir melibatkan 16,000 organisasi perniagaan.
“Peluang perniagaan dan kerjaya itu diperoleh menerusi 208 projek jalan raya yang sedang aktif di dalam pembinaan.
“Secara tidak langsung, ia memberi impak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Persidangan Jalan Se-Malaysia Ke 12 (MRC 2024) dan Kongres Jalan Asia Pasifik, Persekutuan Jalan Sedunia Ke-5 di Pusat Dagangan Dunia, di sini semalam.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, sebanyak 208 jalan raya sedang dalam pembinaan ketika ini di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Ia membabitkan peruntukan RM22.4 bilion untuk tempoh lima tahun, manakala sebanyak RM2.8 bilion pula diperuntukkan untuk penyenggaraan jalan dan cerun pada tahun ini.
Dalam pada itu, Ahmad menyeru kepada pemain industri terlibat mengawal perbelanjaan sebaiknya berikutan sektor itu kebiasaannya menelan perbelanjaan besar.
“Melalui inovasi, seharusnya kos terlibat dapat dioptimumkan dengan penggunaan bahan berteknologi, kaedah terkini dan penghasilan alatan moden yang dapat menjimatkan kos.
“Dengan skala ekonomi yang ada di pasaran Malaysia dan luar negara, saya yakin kos munasabah ini mampu dicapai dengan inovasi yang berterusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source