Orang cantik pun kena tinggal
PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi pengalamannya yang pertama kali tertinggal di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Menerusi perkongsian di TikTok @Masluna, wanita itu menceritakan kisahnya yang tertinggal di R&R kerana ayahnya tidak menyedari yang dia turun di situ.
“Tak tahu juga macam mana boleh tertinggal, diorang tak perasan langsung ke?
“Apapun kelakar, selalunya kita dengar pengalaman orang lain kena tinggal kat R&R sekarang kena dekat diri sendiri.
“Jadi, pengajarannya kalau awak naik kereta dengan sesiapa pun, turun dari kereta pastikan jerit kuat-kuat saya turun atau beritahu sesiapa yang awak turun. Jangan senyap-senyap turun,” katanya.
Jelas wanita itu, bapanya tidak perasan yang dia turun di situ dan dia juga tidak menyalahkan sesiapa disebabkan kejadian tersebut.
Meninjau ke ruangan komen orang ramai turut berkongsi pengalaman serupa.
“Aku pernah tinggal mak aku kat R&R. Aku isi minyak tak perasan mak keluar. Dah 1 kilometer mak aku ‘call’ terus tengok tempat duduk belakang tak ada orang,” kata AyahPablo.
“Samalah pernah juga kena tinggal dengan mak ayah dekat Petronas masa darjah empat. Kita pergi tandas tapi diorang tak dengar kita cakap, nasib baiklah jenis ingat nombor telefon mak ayah,” kata Sarah.
“Samalah saya tertinggal anak kat R&R juga. Dah tu turun tak bagitahu,” kata Lizawazi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source