Rampasan 6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan, Ada Kaitan Sindiket Dadah – Polis
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan berkata 6,000 pil kuda yang ditemui bersama seorang penyanyi Kelantan dan lima individu lain minggu lalu ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di negeri itu.
Katanya, ia berdasarkan siasatan yang dijalankan terhadap enam individu tersebut dan percaya dadah itu untuk diedarkan kepada penagih dadah di Kelantan.
Jumlah tersebut banyak dan tidak mungkin digunakan sendiri oleh semua suspek.
Jika sebiji sahaja pil kuda ditemui, mungkin mereka menghisap sendiri dadah tersebut. Apabila kuantitinya banyak dan berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh, ia berkemungkinan untuk dijual. Perkara itu termaktub dalam undang-undang di Thailand.
Tambahnya, mengikut undang-undang melibatkan kesalahan dadah di Thailand, urusan jual beli dadah bukan hanya melibatkan wang dan jika dadah itu hanya diberi percuma, ia juga dikira terbabit dalam kegiatan jual beli dadah.
Tambahnya, polis sudah menghantar sampel air kencing suspek, dadah dan cetakan jari asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dianalisis.
Bagaimanapun, kesemua suspek masih boleh mengemukakan bukti-bukti lanjut di mahkamah sekiranya mereka tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.
Berdasarkan kuantiti pil kuda itu, kami percaya dadah itu bukan untuk kegunaan peribadi sebaliknya ia untuk dijual kepada penagih dadah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source