Restoran ‘sorok’ 260kg minyak masak peket kena serbu
KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah restoran menyimpan bekalan minyak masak peket dalam kuantiti banyak mengundang padah apabila diserbu penguatkuasa, di sini, semalam.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan restoran berkenaan menerima bekalan minyak masak peket daripada sebuah lori ‘bonded’ dalam kuantiti yang banyak.
“Susulan itu, satu serbuan dilakukan pada pukul 5 petang menerusi Op Kita Gempur membawa kepada rampasan sebanyak 260 kilogram minyak masak peket di sebuah stor restoran itu.
“Restoran ini didapati menyimpan minyak masak peket melibatkan dua jenama di salah satu stor berkunci di bahagian dapur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, pemborong yang membekalkan minyak masak peket tersebut telah dikenalpasti melalui dokumen penjualan yang turut disita.
Menurutnya, pemeriksaan susulan mendapati restoran berkenaan tidak mempunyai permit untuk menyimpan barang kawalan bagi kegunaan perdagangan di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
“Tindakan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap restoran dan pemborong barang kawalan berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source