Tiada kaitan politik singkirkan UMNO dalam Nafas – Mat Sabu
IPOH – Reformasi tatakelola di dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) tiada kaitan dengan politik kononnya Parti Amanah Negara (Amanah) mahu menyingkirkan UMNO daripada pertubuhan tersebut.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau sendiri ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan terhadap Nafas.
Katanya, Ahmad Zahid menyokong tindakan tersebut, malah truut menamakan beberapa individu di dalam pertubuhan berkenaan.
“Saya jumpa Datuk Seri Zahid Hamidi dan saya kata, Datuk Seri, Nafas yang kita bertindak ini tiada kena mengena dengan politik. Dia kata, Pak Mat saya sokong penuh. Dia pula namakan pemimpin Nafas yang tak guna itu,” katanya semasa berucap dalam konvensyen Amanah Perak di sini hari ini.
Bermula 1 November lalu, Perlembagaan Nafas digantung susulan dakwaan berkaitan kepincangan urus tadbirnya sehingga mengundang siasatan oleh pihak berkuasa.
Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Presiden Amanah menegaskan ahli akar umbi berhak menyuarakan keinginan untuk parti itu bertanding sebanyak 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan akhir tentang hasrat tersebut akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti di peringkat nasional.
Pada minggu lalu, Amanah Johor memutuskan untuk bertanding di 20 kerusi DUN PRN Johor akan datang, dengan jumlah kerusi tersebut muktamad sama ada Pakatan Harapan (PH) bertanding sendiri mahupun bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source