Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Fazura, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan
Terkini, pelakon Fattah Amin dikhabarkan bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anaknya, Nur Fatima Aisya kepada bekas isteri, Nur Fazura.
Ditemui media, peguam mewakili Fattah, Puan Syamimi Ab Rahman berkata keputusan itu dibuat setelah kedua-duanya bersetuju dengan terma yang ditetapkan.
Untuk tuntutan hadanah, kedua belah pihak telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Fazura selaku ibu kandung. Untuk hak lawatan ada dua terma iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian.
Untuk bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatimah pada hari Jumaat dan pulangkan semula pada hari Ahad.
Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatimah. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatath sebanyak tiga kali seminggu.
Sementara itu, Fazura yang ditemui usai prosiding meluahkan rasa syukur kerana segalanya sudah selesai dan mencapai kata sepakat namun Fattah dilihat enggan ditemu bual pengamal media.
@ohbulanofficial Fattah Amin bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin. #ohbulan #fyp #news #fazura #dapat #hak #jagaan #fatima #fattahamin
Alhamdulillah, saya tak ada apa-apa mahu diulas. Saya serahkan semua pada peguam saya.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu setelah lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Mereka berdua bernikah pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 4 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source