Wanita dijel kerana ajar ‘kita malaikat, tiada nafsu’
SEREMBAN – Seorang suri rumah dipenjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini kerana mengajar ajaran salah berkaitan Kumpulan Ajaran Cahaya dengan menyatakan berpelukan berbeza jantina dibolehkan sejak September 2023.
Tertuduh, Noridayu Hashim, 42, turut berdepan hukuman denda RM1,000 kerana bersubahat menyampaikan ajaran kepada pengikut kumpulan itu.
Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menjatuhkan hukuman itu selepas Noridayu mengaku bersalah selain sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Noridayu didapati mengajar ajaran salah kepada dua pengikutnya yang berlawanan dengan hukum syarak dengan menganjurkan dan menyatakan berpelukan berbeza jantina dan bukan mahram dibolehkan kerana Kumpulan Ajaran Cahaya adalah Malaikat dan tidak mempunyai nafsu.
Bagi pertuduhan kedua, Noridayu didapati bersubahat dengan Idris Ami menyampaikan ajaran salah kepada pengikut Kumpulan Cahaya yang mana ktopesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kuala Pilah pada September hingga Disember 2023.
Mengikut fakta kes, tertuduh dalam satu perjumpaan Kumpulan Cahaya menyatakan untuk berbuat sesuatu yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu memeluk lelaki berusia 65 tahun ketika hendak bersurai.
Bagaimanapun lelaki itu tidak membenarkan, tetapi tertuduh beritahu ‘kita ini malaikat, tidak mempunyai nafsu.
Terdahulu dalam prosiding kes, Noridayu dalam rayuannya memohon denda dikurangkan kerana suami sudah tidak bekerja dan mempunyai empat orang anak.
“Saya mohon maaf atas kesalahan itu dan telah insaf. Kami mula berniaga dengan menghantar makanan kepada surau tetapi telah ditamatkan (perkhidmatan),” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source