“Sedap Je Suara Dia, Lantak Orang Nak Kata Apa”- Fazura Nyanyi Lagi, Kalini ‘Duet’ Bawa Lagu Adele
Setelah teruk dijadikan bahan ketawa dan menerima pelbagai kritikan mengenai suaranya ketika menyanyikan lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ secara langsung, Fazura seolah bangkit dan tampil menyanyi sekali lagi secara langsung.
Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Instagramnya, ia memaparkan pelakon tersebut dan seorang individu, @kaylaislamadina menyampaikan lagu Adele ‘Make You Feel My Love’ secara ‘duet’.
Fazura kelihatan begitu mendalami lagu tersebut kerana lagu tersebut mempunyai maksud yang begitu mendalam untuknya. Lagu tersebut merupakan lagu yang sering dinyanyikan kepada anaknya, Fatima sebelum tidur.
Video tersebut mendapat perhatian netizen kerana menurut mereka vokal Fazura sudah bertambah baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan suara Fazura.
Terdahulu, nyanyian Fazura secara live dalam program televisyen di Indonesia menjadi tular di media sosial sehingga dijadikan bahan lawak dan parodi malah turut mendapat kritikan serta teguran daripada rakan artis.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source