“Syamsul Akan Call Mohon maaf Kalau Tak Dapat Balik Rumah”
Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur dan gembira melihat perubahan positif anaknya, Syamsul Yusof yang sudah kembali rapat bersama keluarga.
Memetik Harian Metro, Yusof berkata anaknya itu selalu menghubunginya serta isteri, Datin Patimah Ismail jika tidak dapat pulang ke rumah kerana sibuk dengan urusan kerja.
“Malah, bila dia (Syamsul) sibuk kerja dan tak dapat balik ke rumah, dia akan ‘call’ ibunya beritahu dan mohon maaf sebab tak balik. Dia juga kerap hantar mesej dan buat kiriman suara kepada ibunya. Jadi, antara kami memang selalu berhubung.
“Cuma sekarang setahu saya, Syamsul berada di Pahang untuk siapkan penggambaran filem baharunya, KhawariJ terbitan Astro Shaw. Dia memang tengah banyak kerja ketika ini untuk filem-filemnya,” katanya.
Dalam pada itu, pengarah itu berkata dia lega dan tenang melihat kegembiraan isterinya yang kini ceria selalu selepas Syamsul pulang ke rumah.
“Apatah lagi, pada usia saya dan isteri yang sudah warga emas ini, kami hanya mahu hubungan anak-beranak baik-baik saja. Kasih sayang anak-anak itu yang kami utamakan.
“Apa yang dah lepas itu, biarlah dan tak perlu terus dikenang lagi. Saya dan isteri akan mendoakan anak-anak, begitu juga buat Puteri Sarah Liyana yang kami tetap anggap sebagai anak menantu,” katanya.
Pada September lalu, Syamsul akhirnya kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun tidak berjumpa dan berhubung.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source