AC Mizal Jawab Isu Tiga Bulan Tak Bayar Gaji Pekerja – “Semua Itu Tidak Benar Dan Fitnah Semata-Mata”
Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat seorang individu yang mendakwa dirinya bekas pekerja kepada seorang pengacara terkenal telah mendedahkan bahawa selebriti itu tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk para pekerjanya malah gagal melunaskan gaji mereka selama beberapa bulan.
Terbaharu, pelakon dan pengacara popular, Datuk AC Mizal tampil memberi kenyataan berhubung isu itu di akaun Instagramnya.
Tak bayar gaji pekerja selama tiga bulan
Menurut pengacara itu, dia terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan mengatakan Suke TV tidak membayar tiga bulan gaji kepada individu tersebut.
Saya AC Mizal terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah dan tohmahan yang tular di media sosial oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Sepatutnya saya tak perlu balas dan jawab kenyataan yang tular tetapi memandangkan ramai yang tahu dan bertanya mengenai isu ini, untuk mengelak salah faham dan fitnah saya perlu jelaskan isu ini.
Pengacara itu memberitahu dia menyerahkan kepada peguam dan mahkamah untuk memutuskan siapa yang salah dan betul.
Saya telah mengarahkan peguam saya dan pihak Suke TV untuk mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu tersebut.
Oleh itu, biar mahkamah yang putuskan salah betul masing-masing. Cuma saya nak nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh bekas staf yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat perkhidmatan dengan syarikat.
Pengacara itu turut menambah bahawa pihaknya mempunyai bukti dan mereka tidak mahu mencanang isu ini kepada khalayak umum.
Kami mempunyai semua bukti tetapi kami tak akan canang dekat umum. Tindakan seterusnya, saya serah dekat proses undang-undang mahkamah dan keadilan negara kita. Mohon fikir secara tenang dan henti sebar fitnah yang tak berasas.
Dia menyimpulkan pihaknya dan Suke TV sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya ada permasalahan. Menurutnya, isu begini perlulah menggunakan saluran yang betul dan tidak menggunakan media sosial untuk kepentingan yang tertentu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source