Harap tiada majikan dikhianati seperti saya – Hanis Zalikha
PETALING JAYA – Elak kekeliruan, pempengaruh Hanis Zalikha mengumumkan empat bekas pekerjanya yang didakwa terbabit dalam kes pecah amanah sudah tiada kaitan dengan dirinya serta syarikat.
Kata Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, dia tampil memberikan kenyataan agar pihak yang pernah bekerjasama dengan individu dimaksudkan maklum mengenai perkembangan terbaharu itu.
“Ini adalah kemajuan terkini. Individu-individu tersebut tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan saya mahupun syarikat saya,” tulisnya dalam Instagram.
Isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu turut berkongsi tangkap layar keratan berita serta dokumen mahkamah berkaitan kes berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Hanis turut menzahirkan harapan agar tiada lagi majikan lain yang dikhianati orang kepercayaan sehingga meninggalkan pengalaman pahit.
Begitupun, ahli perniagaan itu yakin keadilan akan tetap berpihak kepada golongan yang dianiaya.
“Saya berharap tiada majikan yang terhormat dan tulus terpaksa melalui pengalaman pahit dan pengkhianatan ini.
“Percayalah bahawa ada cahaya di hujungnya, dan terdapat keadilan di dunia ini dan di sana nanti,” luahnya.
Terdahulu, pada 16 Oktober lalu Hanis memuat naik hantaran Instagram memaparkan fotonya bersama suami di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Ketika sambutan sambutan ulang tahun kesembilan syarikat Cakenis miliknya pada 1 November lalu, dia mendedahkan kes mahkamah adalah berkaitan pecah amanah membabitkan beberapa bekas pekerjanya
Difahamkan, perbuatan penyelewengan yang didakwa dilakukan sejak bertahun-tahun lalu mengakibatkan syarikatnya menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit.
Bagaimanapun, Hanis berpuas hati apabila mahkamah mengeluarkan perintah pembekuan aset terhadap individu yang disebutkan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source