Atu Pernah Hidup Gelandangan, Hampir Terjebak Dadah
Pelawak Sharif Zero mendedahkan adiknya iaitu Atu Zero pernah berdepan detik hitam dalam hidup sebelum bergelar selebriti.
Menerusi podcast Raja Lawak, Sharif berkata adiknya itu pernah hidup sebagai gelandangan selepas lari dari kampung ke Kuala Lumpu kerana tiada wang.
“Dulu aku tengok Atu macam tiada harapan (untuk berjaya). Atu pernah lari ke KL, jadi gelandangan dalam dua atau tiga hari.
“Dia pergi KL sebab ikut ejen. Di KL dia kerja sebagai pengawal pondok (guard) tapi tak dibayar gaji selama beberapa bulan. Ada juga kerja lain dia buat.
“Arwah bapa kata tak boleh jadi, arwah minta saya pergi KL ambil Atu bawa balik kampung semula. Arwah dengan ibu minta pujuk Atu supaya balik semula ke Sabah,” katanya.
Dalam pada itu, Sharif berkata Atu juga hampir terjerumus dengan gelaja dadah disebabkan salah memilih kawan.
“Aku rasa dia merajuk dan lari sebab tak selesa duduk di kampung. Atu jenis orang yang kuat bekerja, tetapi duit yang dia dapat tu tak tahu pergi ke mana.
“Jadi, dia sentiasa rasa tak cukup duit. Sebab itu dia cari kerja di tempat lain yang boleh dapat banyak duit. Dia hampir terjerumus dalam dunia dadah, memang hampir. Dia salah pilih kawan dahulu,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source