Dipanggil ‘Iwan Dangdut’ Sampai Sekarang, Iwan Okay Saja
Komposer dan penyanyi lagu kerohanian, Iwan Syahman berkata nama pentas Iwan Dangdut masih terus melekat meskipun sudah 14 tahun dia berhijrah.
Memetik Harian Metro, Iwan berkata sampai sekarang masih ada yang memanggilnya dengan nama berkenaan dan baginya tidak mengapa.
“Saya okay saja dan biarlah kalau orang nak terus panggil Iwan dangdut pun. Saya tidak marah atau pun terasa hati sebab dulu pada tahun 1991 memang saya pernah menyanyikan lagu-lagu dangdut.
“Lagi pula, mereka hanya panggil saya Iwan dangdut saja. Masih ada nama dan bukan tidak beradab langsung. Bagi saya, itu hak masing-masinglah nak panggil Iwan Syahman ke atau Iwan dangdut. Orangnya tetap sama, cuma nama berbeza,” katanya.
Sementara itu, Iwan berkata apa yang penting baginya adalah untuk perbanyakkan amal ibadat, bersedekah dan aktif berdakwah ke jalan Allah selagi masih hidup. Tambahnya lagi, dia juga tidak lagi mencipta lagu untuk penyanyi wanita kerana suara mereka adalah aurat.
“Apapun, sekarang ini saya sudah tidak menciptakan lagu untuk penyanyi wanita sebab suara mereka tetap aurat yang perlu dijaga dan saya mengikut apa yang diperintahkan agama.
“Walaupun masih aktif dalam penciptaan lagu, tetapi saya lebih menjurus kepada karya lagu kerohanian dan nasyid memuji Allah. Lagu yang berunsur cinta manusia, saya memang sudah ‘cuci tangan’ tak buat lagi,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source