Junaida pemilik agensi insurans hilang sejak 5 hari lalu
SHAH ALAM – Seorang wanita yang merupakan pemilik sebuah agensi insurans dilaporkan hilang lima hari lalu selepas keluar ke tempat kerjanya di Subang Jaya dekat sini.
Laporan kehilangan wanita dikenali Junaida Abdul Rahim, 42, dibuat kakak kandungnya kira-kira pukul 12.58 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati wanita tersebut keluar dari rumah sewanya di Seksyen 17 dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton
kira-kira pukul 11 pagi.
Kata beliau, bagaimanapun mangsa tidak dapat dihubungi dan masih belum pulang ke rumahnya semula.
“Setakat ini, pacuan empat roda wanita itu telah berjaya dijumpai di tepi Jalan Ampang berhampiran sebuah kondominium, hari ini.
“Siasatan mendapati tiada berlaku perselisihan faham antara wanita dan rakan serumahnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau menambah, pihaknya juga turut menerima dua lagi laporan kehilangan mangsa dari rakan sekerja dan serumahnya.
Mohd. Iqbal menjelaskan, Junaida yang masih bujang tersebut berketinggian 160 sentimeter dengan berat 54 kilogram selain mempunyai kulit kuning langsat.
“Siasatan diklasifikasikan di bawah Orang Hilang. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source