Bilionair India didakwa di AS atas tuduhan rasuah
NEW YORK: Jutawan Perindustrian India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan membayar ratusan juta dolar rasuah dan menyembunyikan pembayaran daripada pelabur, lapor pendakwa raya Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Adani Group yang memiliki empayar perniagaan arang batu, lapangan terbang, simen dan media itu disabitkan dengan dakwaan penipuan korporat dan kejatuhan saham sejak beberapa tahun lalu.
Rakan rapat Perdana Menteri, Narendra Modi yang berasal Gujerat itu didakwa bersetuju membayar lebih AS$250 juta (RM1.1 billion) dalam bentuk rasuah kepada pegawai India untuk mendapatkan kontrak bekalan tenaga solar yang membawa hasil lumayan.
Perjanjian itu diunjurkan menjana sekitar AS$2 billion (RM8.93 billion) keuntungan selepas cukai, selama kira-kira 20 tahun.
Menurut pejabat pendakwa, tiada seorang pun daripada barisan defendan dalam kes itu, termasuk Adani berada dalam tahanan.
Pendakwa raya berkata, salah seorang rakan jenayah Adani menjejaki pembayaran rasuah dengan teliti, menggunakan telefonnya untuk mencatatkan wang yang ditawarkan kepada pegawai.
“Dakwaan ini melibatkan skim pembayaran dalam bentuk rasuah kepada pegawai kerajaan India, untuk berbohong kepada pelabur dan bank untuk mengumpul berbilion dolar dan untuk menghalang keadilan,” kata Timbalan Penolong Peguam Negara, Lisa Miller.
Menurut Pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Dennehy, Adani dan tujuh eksekutif perniagaan lain didakwa merasuah kerajaan India untuk membiayai kontrak menguntungkan yang direka bagi memanfaatkan perniagaan mereka.
Defendan lain pula didakwa cuba menyembunyikan konspirasi rasuah dengan menghalang siasatan kerajaan.
Perkembangan pesat Adani Group dalam perniagaan berinsentifkan modal sebelum ini menimbulkan kecurigaan, dengan anak syarikat Fitch dan penyelidik pasaran Credit Sights memberi amaran pada tahun 2022 bahawa ia melebihi kebiasaan.
Pada tahun 2023, laporan daripada firma pelaburan AS, Hindenburg Research mendakwa konglomerat itu terlibat dalam manipulasi saham dan skim penipuan perakaunan selama beberapa dekad.
“Corak kelonggaran kerajaan terhadap kumpulan itu sejak beberapa dekad menyebabkan pelabur, wartawan, rakyat dan ahli politik tidak mahu mencabar kelakuannya kerana takut akan tindakan balas,” jelas laporan itu. – AFP
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source