Pahang bangunkan produk pelancongan Pahang Rail Tourism
LIPIS: Pahang membangunkan produk pelancongan baharu yang unik dikenali Rail Tourism 2024 sebagai strategi menarik kehadiran pelancong domestik dan luar negara yang berasaskan pelancongan sejarah dan alam semula jadi melawat Pahang.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program kerjasama Tourism Pahang, Tourism Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) danUnit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus mengeksploit fasiliti yang sedia ada di Pahang.,
Beliau berkata, laluan kereta api di Negeri Pahang terletak di sepanjang Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus dan jajaran hutan yang panjang dan mendapat julukan sebagai Old Jungle Rail.
“Produk pelancongan sedia ada dan baharu berhampiran stesen KTM boleh dibangunkan kerana memberi pulangan ekonomi dan sosial kepada penduduk setempat.
“Keunikan produk pelancongan ini perlu diketengahkan untuk meningkatkan visibility produk pelancongan serta memperkasa fungsi laluan keretapi,” katanya kepada pemberita selepas program pelancaran Pahang Tourism di stesen lama Lipis hari ini.
Menurut Wan Rosdy, Pahang Rail Tourism adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan produk pelancongan di Negeri Pahang yang berkaitan Sejarah dan warisan negeri ini..
Tegasnya, program ini juga bukan sekadar untuk menarik pelancong luar, malah memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui peningkatan ekonomi kawasan – kawasan yang terlibat.
“Antara lokasi menarik di sepanjang laluan kereta api ini ialah Lokasi geo tapak iaitu Taman Negara Pahang Sungai Relau, Gua Sisik Naga, Gua Tahi Bintang, Bandar Kuala Lipis, Kuala Sungai Lipis dan Taman Eko Rimba Kenong sebagai salah satu pakej/ produk pelancongan yang wajib dikunjungi,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy berkata, Pahang amat sinonim dengan destinasi pelancongan unggul yang kaya dengan pelbagai khazanah alam semula jadi, sejarah serta warisan budaya yang berharga.
Menurut beliau, berdasarkan statistik kedatangan pelancong tahun 2023, seramai 13.2 juta pelancong ke Pahang.Malah sehingga setengah tahun pertama 2024 (Jan – Jun) , seramai kira-kira 5.9 juta pelancong hadir dengan anggaran perbelanjaan pelancong sebanyak RM 5.3 bilion.
“ Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.74 peratus kehadiran pelancong berbanding tempoh masa yang sama (Jan-Jun 2023) dengan kehadiran pelancong seramai kira-kira 5.1 Juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan pelancong sebanyak RM 4.5 billon,” katanya.– UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source