40 mangsa banjir kilat di Bachok dijangka pulang petang ini
BACHOK – Seramai 40 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, di sini dijangka pulang ke rumah masing-masing petang ini susulan cuaca baik hari ini.
Cuaca mendung tanpa hujan sepanjang hari ini menyebabkan banjir yang melanda rumah penduduk di Kampung Budi di sini surut.
Seorang mangsa banjir dari Taman Telok Mesira, Yasmin Syafiqah Anuar, 29, berkata, dia merupakan antara 10 keluarga yang dipindahkan ke PPS SMK Beris Panchor kira-kira pukul 5 petang semalam sudah bersiap sedia untuk pulang.
Menurutnya, dia bersama keluarga berpindah ke PPS itu dengan menaiki trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila air pada paras betis memasuki rumahnya.
“Keadaan itu menyebabkan dia terkepung apabila hujan tidak berhenti sejak daripada malam kelmarin.
“Saya baru m menyewa di taman itu sejak April lalu tidak menyangka kawasan tersebut dinaiki air apabila hujan turun tidak berhenti,” katanya:
Yasmin Syafiqah memberitahu, dia bersama suami dan tiga anak yang berusia setahun hingga lapan tahun bimbang kerana tidak pernah mengalami keadaan seperti itu.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source