Terengganu buat Melaka derita
MELAKA: Hajat Melaka FC untuk melangkah ke suku akhir menghadapi laluan sukar selepas tewas 1-4 kepada Terengganu FC dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi.
Hujan yang turun sebelum perlawanan tidak menyebelahi tuan rumah selaku pendahulu Liga A1 Semipro apabila kesebelasan anak didik jurulatih, K. Devan sukar menundukkan pasukan pelawat.
Bintang kebangsaan, Akhyar Rashid meledakkan dua jaringan pada minit ke-15 dan 54 untuk membantu Terengganu FC menggamit kemenangan pusingan pertama dengan penuh bergaya.
Skuad Sang Kancil kini berdepan tugas berat dalam mengharungi perlawanan timbal balik di tempat lawan pada 29 November ini.
Safawi Rashid memahatkan nama selaku penjaring pertama Terengganu FC seawal minit kelapan bagi meletakkan kedudukan 1-0 menerusi tendangan kencang.
Tersentak dengan gol tersebut, tuan rumah cuba mengatur gerakan, namun usaha mencari gol penyamaan gagal dijelmakan.
Pada minit ke-15, tindakan pemain pertahanan Melaka FC menjatuhkan Akhyar membawa padah apabila pelawat dihadiahkan sepakan penalti.
Akhyar yang mengambil sepakan tersebut tidak menghadapi masalah untuk menjadikan kedudukan Terengganu FC 2-0.
Pemain itu menambah derita Melaka FC apabila menjaringkan gol peribadi keduanya dan menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-54.
Seminit selepas itu, Melaka FC berjaya mendapatkan jaringan sulung menerusi Fusseini Issam pada minit ke-55.
Terengganu FC menambah gol keempat melalui Alif Zakaria yang memahatkan nama selaku penjaring penutup pada minit ke-90. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source