Dua maut nahas tiga kenderaan
PEKAN – Dua termasuk seorang warga emas maut dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 3 Jalan Pekan-Kuantan di sini hari ini.
Kejadian membabitkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton, kereta jenis Proton Saga dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza.
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 11.05 pagi itu ialah pemandu trak pikap, Azuwan Zainal Abidin, 35 dan pemandu kereta Proton Saga, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah,71.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, semasa kejadian kenderaan pacuan empat roda itu dipandu dari arah Pekan menghala ke Kuantan, manakala kereta Proton Saga dan Toyota Avanza pula dari arah bertentangan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 35 tahun dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta Poton Saga dipandu seorang warga emas berusia 71 tahun.
“DIsebabkan jarak terlalu dekat Toyota Avanza yang dipandu di belakang kereta Proton Saga tidak sempat mengelak dan telah melanggar bahagian belakangnya,”katanya di sini hari ini.
Katanya akibat kemalangan, pemandu trak pikap dan pemandu Proton Saga mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Tambahnya, pemandu MPV terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source