Lima syarikat luar tunjuk minat melabur di Perak HIP
IPOH – Dua syarikat dari China antara lima syarikat asing yang menunjukkan minat untuk melabur dalam Projek Taman Industri Halal Perak@Lekir (Perak HIP) di Manjung.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dua syarikat tersebut bersama syarikat dari India dan Pakistan itu terlibat dalam industri farmaseutikal dan geletin halal.
Katanya, kelima-lima syarikat berkenaan menunjukkan minat ketika lawatan kerja rasminya ke Dubai dan Lahore, Pakistan, minggu lalu.
“Pada program itu, saya ambil kesempatan untuk berbincang kerana pertamanya kita sudah ada halal hub iaitu HIP di Lekir. Jadi kita tawarkan dan buat promosi untuk mereka bersedia datang melabur.
“Insya-Allah, mereka akan datang untuk melihat kawasan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saarani dan Penyerahan Watikah YP Smart Target SPM 2024 Peringkat Negeri Perak, di sini hari ini.
Perak HIP seluas 47 hektar yang diselia Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dijangka mula dibangunkan pada 2025 dengan fokus kepada tiga segmen utama iaitu ekosistem industri gelatin halal, logistik dan sejuk beku serta pemprosesan makanan dan daging. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source