“Kami Kembali Bukan Atas Paksaan…” – KRU ‘Rujuk’ Semula, Pembubaran Dahulu Bukan Gimik
Selepas enam tahun bubar, kumpulan trio KRU telah mengumumkan mereka kembali bergabung untuk mengubati kerinduan peminat mereka.
Datuk Norman Abdul Halim berkata, pembubaran kumpulan itu dilakukan selepas adiknya, Edry Abdul Halim menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke luar negara.
Pada awalnya kami tiada rancangan untuk bubar. Ketika persiapan konsert ulang tahun ke-25, Edry ada bagitahu kami yang dia tak mahu teruskan KRU. Dia ambil keputusan pergi ke Manchester.
Pembubaran KRU dahulu bukanlah gimik pun. Kami kembali semula sebab Edry sendiri bersedia buat pengorbanan.
Datuk Yusry Abdul Halim pula berkata, KRU sudah pun banyak melibatkan diri dalam pelbagai cabang seni.
Salah satu sebab kenapa kami berpecah dahulu kerana kami sudah tidak tahu apa lagi yang kami nak buat pada ketika itu. Kami sudah lakukan yang terbaik dan capai banyak perkara.
Walau bagaimanapun, kumpulan yang popular dengan lagu Terhangat Di Pasaran itu mengambil keputusan untuk kembali bergabung pada Mei tahun lalu.
Bila kita rujuk semula itu memang dah tiada tekanan, kita kembali bukan paksaan tetapi memang sebab kami nak buat.
Antara faktor untuk kami bersatu sebab Edry sanggup berkorban ulang-alik dari Manchester ke Malaysia walaupun dalam tempoh setahun. Dengan persetujuan itu maka kami ambil keputusan berkenaan.
Memetik dari OhBulan!, Edry turut berkata permintaan peminat menjadi salah satu punca KRU kembali bersatu.
Tak nafikanlah, peminat pun menantikan kami tampil dengan lagu baru.
Tipulah sejak tinggal di luar negara, saya tak rindu sokongan dan perhatian peminat, antara sebab kami kembali pun untuk peminat juga.
Sekadar info tambahan, pada tahun 2018 KRU mengumumkan pembubaran selepas menjayakan konsert terakhir mereka yang berlangsung pada 6 Mei tahun yang sama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source